Sunday, March 22, 2009

Kecam Hukum Hudud, Pensyarah Digantung

Seorang pensyarah di sini (UUM) telah digantung sehingga penghujung semester ini dipercayai kerana telah menghina hukum hudud. Episod ini bermula apabila sekumpulan pelajar telah membuat memorandum bantahan terhadap pensyarah terbabit yang melakukan kesalahan tersebut semasa sesi pengajaran di dalam dewan kuliah. Satu sumber yang dipercayai memberitahu bahawa para pelajar yang membuat memorandum membantah perlakuan pensyarah terbabit telah dihadapkan ke makhamah moot di bangunan COLGIS (College of Law, Government & International Affairs). Walaubagaimanapun, mereka berjaya membuktikan kesalahan pensyarahan terbabit dan pihak tatatertib universiti telah menggantung beliau-uumkini

Wednesday, March 11, 2009

Kemelut PPSMI: Adakan demo di seluruh negara

Demonstrasi mansuhkan PPSMI seramai lebih 10,000 orang pada 8 Mac 2009 yang lepas jelas menunjukkan betapa rakyat negara ini menolak penerusan pelaksanaannya. PPSMI juga telah terbukti tidak berkesan menigkatkan mutu pendidikan malah mendatangkan masalah baru serta dilihat sebagai pembaziran wang rakyat. Malangnya, demonstrasi mansuhkan PPSMI hanya tertumpu di ibu negara. Sepatutnya, demonstrasi PPSMI diadakan di seluruh pelusuk negara untuk memberi tekanan yang maksima terhadap kerajaan. Semua NGO-NGO yang terlibat dengan gerakan mansuhkan PPSMI perlu mengadakan demonstrasi susulan di setiap negeri termasuk menyerahkan memorandum kepada semua raja yang menjadi pemerintah tertinggi negeri- uumkini

Monday, March 2, 2009

Perbicaraan ditangguhkan

Perbicaraan 3 orang aktivis mahasiswa UUM pada hari ini telah ditangguhkan. UUMkini diberitahu oleh satu sumber mengatakan bahawa sebab utama mengapa pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia menangguhkan perbicaraan ini disebabkan oleh 'tekanan luar'. Seperti yang diketahui, pelbagai media massa telah melaporkan isu panas ini, di antaranya Malaysiakini,Mahasiswakini,Metro,Utusan,The Star dan pelbagai media massa lain. Hal ini dikatakan menjadi punca utama yang menyebabkan perbicaraan pada hari ini ditangguhkan.

Selain itu, salah satu NGO yang hebat membela nasib 3 orang mahasiswa ini iaitu DEMA, telah membuat 'press conference' yang mengatakan mereka akan turun untuk mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Canselori UUM tetapi telah menangguhkan hasrat mereka rentetan penangguhan perbicaraan 3 mahasiswa terbabit. Langkah awal sebenarnya telah diambil oleh pihak keselamatan UUM dengan mengadakan 'road-block' di pintu masuk utama UUM dan pemerikasaan tergempar di Dewan Penginapan Pelajar Muamalat dan Yayasan Al-Bukhari untuk memastikan tiada orang luar yang menumpang di dalam UUM untuk mengadakan demonstrasi. Satu sumber yang tidak ingin dikenali juga memberitahu bahawa pihak universiti sedang merancang untuk mengadakan perbicaraan yang mengejut untuk mengelakkan daripada tekanan pihak luar-uumkini