Saturday, October 17, 2009

BARISAN MAJLIS TERTINGGI MPPUUM 09/10


YANG DI PERTUA
Mohd Syafiq Japar

TIMBALAN YANG DI PERTUA
Aminaton Hajariah Husne

NAIB YANG DI PERTUA I
Hamyddin Hamdan

NAIB YANG DI PERTUA II
Shaira Farhana Idris

SETIAUSAHA AGUNG
Azman Jimeh

BENDAHARI KEHORMAT
Siti Syafiqah Ahmad

Inilah barisan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar UUM. Lupakan peristiwa kotor pilihanraya yang telah lepas, sekarang jalankan tanggungjawab dan amanah baru yang anda pikul. Tunaikan janji-janji manis anda sewaktu berkempen tempoh hari. All the best! uumkini

PRK UUM : Komen

Pilihan Raya Kampus UUM kali ini menzahirkan betapa kesedaran para pengundi masih berada di tahap yang rendah. Rata-rata pengundi yang ditemuramah mengatakan mereka masih tidak tahu menahu apa itu PRK. Sehinggakan ada yang bertanya kembali untuk apa poster-poster digantung dan ditampal apabila diminta memberikan komen tentang PRK. Ramai yang menjawab apabila ditanya calon manakah yang dipilih, "Kami tanda yang cantik dan yang pakai songkok ."

Seperti biasa, pihak Aspirasi masih meneruskan dengan perbelanjaan mewah mereka, mengeksploitasi kemudahan infrastruktur dan menyalahgunakan pengaruh. Sebagai bukti, dua bilik di Blok 11D 1 Universiti Inn UUM telah disewa berhari-hari sebagai markaz mereka. Aspirasi juga telah mempergunakan bilik-bilik Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa di dewan-dewan penginapan pelajar termasuk JPMDPP yang ada. Selain itu, pelajar semester 1 DPP TNB(Tenaga Nasional Berhad) memberitahu uumkini bahawa mereka telah dipanggil pada malam sebelum hari mengundi dan diarahkan untuk memangkah calon-calon Aspirasi serta untuk tidak mengundi calon-calon Pro-M. Kejadian yang sama dilaporkan juga terjadi di beberapa DPP lain. Tambahan lagi, kelibat beberapa bekas pelajar UUM yang sudah bekerja juga kelihatan 'turun padang' membantu. Mereka dimaklumkan adalah bekas-bekas 'orang kuat' Aspirasi UUM semasa masih menuntut.

PRK UUM kali ini agak mendukacitakan kerana isu-isu yang menyentuh sentimen agama dan perkauman dijadikan bahan kempen. Gelombang politik kotor di luar masih lagi menjadi petunjuk dan ikutan bagi sesetengah pihak yang bertanding. Politik baru yang mementingkan nilai-nilai ketelusan dan persaingan sihat dilihat masih gagal dibumikan dan dihadam. uumkini

Wednesday, October 14, 2009

PRK UUM Update: Keputusan Penuh

JUMLAH PELAJAR KELUAR MENGUNDI : 17156 ATAU 89.83%

JUMLAH UNDI DITERIMA : 16704 ATAU 97.37%

JUMLAH UNDI ROSAK : 452 ATAU 2.63%

JUMLAH TIDAK KELUAR MENGUNDI : 1942 ATAU 10.17%






KAWASAN UMUM (12 kerusi diperuntukkan)


UMMU SAADAH @ MURNI BT. ZAINUDDIN : 15434 UNDI = 92.33%

NURMAHIRAH BT MARUDIN : 15332 UNDI = 91.72%

SHELLA SUHANA BINTI MASAUD : 15328 UNDI = 91.7%

AMALIA BINTI ROSMADI : 14717 UNDI = 88.04%

SITI NOORASMAH BINTI HAMZAH : 14032 UNDI = 83.94%

MOHD SYAFIQ BIN JAPAR : 13951 UNDI = 83.46%

MOHAMAD RODZI BIN HAMID :13745 UNDI = 82.23%

IDZARIDAN BIN DANIAL : 13670 UNDI = 81.78%

AMIRUL SHAZMI B. MOHD BASRI : 12985 UNDI = 77.68%

AZMAN BIN JIMEH : 12799 UNDI = 76.57%

NUR IZZATI BINTI SHAFIE :11681 UNDI = 69.88% (PRO-MAHASISWA)

HANI FATI ZATALANI : 11135 UNDI = 66.61% (PRO-MAHASISWA)

MOHD WAFFY BIN ISMAIL :10899 UNDI = 65.2% (PRO-MAHASISWA)

LOOK CHOR SUN : 9418 UNDI = 56.34%

TAN KAI HOONG : 8087 UNDI = 48.38%

CHAI KIAN YEW : 7379 UNDI = 44.14% (PRO-MAHASISWA)

ASPIRASI UUM= 10 KERUSI
PRO-M UUM = 2 KERUSI

KAWASAN UUM COB (8 kerusi diperuntukkan)

NOOR AZWEENDA BINTI AZIZAN :8974 UNDI = 96.29%

MUHAMAD FAISAL BIN ISMAIL :8836 UNDI = 94.81%

NOOR FAEZAH BINTI BASARY : 8804 UNDI = 94.46%

LIM EN WEI :8390 UNDI = 90.02%

HAMYDDIN B HAMDAN : 8376 UNDI = 89.87%

LEE YING HUEY : 8076 UNDI = 86.65%

MOHD NOOR HIDAYAT BIN MD YUSOF : 7795 UNDI = 83.64%

ANANTHA KUMAR A/L MANAKARAN : 7712 UNDI = 82.75%

LOW JIA WEI : 7501 UNDI = 80.48% (PRO-MAHASISWA)

ASPIRASI UUM = 8
PRO-MAHASISWA UUM = 0

CALON KAWASAN UUM CAS (Menang Tanpa Bertanding)

1. MOHD NAIM BIN MAZLAN
2. SITI SYAFIQAH BINTI AHMAD
3. MAGESWARAN A/L SHANMUGAM
4. SITI EZZAH BINTI AZHIRI
5. NURUL HAFIZA BINTI MAT DAUD
6. GRACE ANAK BALING
7. SURIYATI BINTI ADBUL MOKHTAR
8. SHAIRA FARHANNA BINTI IDRIS

ASPIRASI UUM = 8
PRO-MAHASISWA UUM = 0

CALON KAWASAN UUM COLGIS (Menang Tanpa Bertanding)

1. AKBAL SINGH SANDHU
2. FATIN AZREEN BINTI PONAJAN
3. AMINATON HAJARIAH BINTI HUSNU
4. NUR FARAHAIN BINTI SHARIF
5. RAYNOLD THOMAS
6. MOHAMAD FIRDAUS BIN ISHAK
7. NUR ATHYRAH BINTI ROSLAN
8. THOMAS DING MERING

ASPIRASI UUM = 8
PRO-MAHASISWA UUM = 0

diamlbil daripada http://promuniutama.blogspot.com

Tuesday, October 13, 2009

PRK UUM Update : Keputusan PRK 2009/10

Calon-calon Aspirasi telah berjaya menguasai semua kerusi yang dipertandingkan di COB dengan menyingkirkan calon daripada Pro-M. Manakala untuk kerusi umum, Aspirasi menang 12 kerusi dan baki kerusi diisi oleh dua calon Pro-M. Saudara Tengku Mohd Hasrul ketika ditanya menjawab, "Walaupun hanya dua daripada lima calon kita yang menang, walaubagaimanapun bagi saya dan kawan-kawan seangkatan, ini merupakan satu permulaan dan kejayaan besar buat Pro-Mahasiswa UUM". "Hari ini merupakan titik tolak kepada satu anjakan paradigma mahasiswa UUM", tambah beliau. Sumber daripada pihak Aspirasi memberitahu, "Pihak kami telah menjangkakan kemenangan besar ini dan memang yakin bahawa Pro-M tidak akan mampu menggugat di UUM." Ujar beliau lagi, "Kami akan pastikan pada pilihanraya tahun hadapan, mereka akan berkubur". Sudah hampir 10 tahun Aspirasi menguasai majoriti kerusi MPP UUM. uumkini

*keputusan penuh akan di'uptade' kemudian

Sunday, October 11, 2009

PRK UUM Update: Kempen Semakin Hangat

Kedua-dua pihak yang bertanding pada kali ini semakin rancak berkempen. Aspirasi dengan sokongan pegawai-pegawai dari HEP turun berkempen di setiap DPP. Malam semalam kempen Aspirasi berlangsung di Kafe Binjal, DPP Proton. Kempen yang pada awalnya dirancang untuk dibuat di Galeri Proton diubah lantaran tiada kelibat bakal pengundi. Wartawan kami yang turut berada di sana melaporkan kempen di kafe Proton tidak mendapat sambutan sehinggakan pihak Aspirasi terpaksa menyuruh JPMDPP Proton membuat pengumuman kepada penghuni DPP Proton untuk turun mendengar kempen.

Saksi yang tidak mahu namanya disebut memberitahu uumkini kempen Aspirasi semalam hanya dipenuhi oleh orang-orang mereka sendiri. Pegawai-pegawai HEP yang turut serta semalam bersama Aspirasi adalah En. Mohd Yusnaidi Bin Md. Sabri (Pegawai Hal Ehwal Islam-Unit Kebajikan), En. Muhamad Nazir Bin Hamzah (Pusat Pembangunan Pelajar) dan En. Shahidan B Shafie (Unit Disiplin & Tugas Khas). Manakala di pihak Pro-M pula, malam semalam mereka turun berkempen di DPP Mas, TNB, dan Tradewinds. Dilaporkan terdapat mantan MPP yang lepas turut berkempen untuk pihak Pro-M. Pengerusi Pro-M iaitu saudara Tengku Hasrul juga dilaporkan turut kelihatan semasa kempen.

Saturday, October 10, 2009

PRK UUM update. Wawancara

Hari ini masuk hari kedua tempoh berkempen kesemua calon yang bertanding. Bagi pihak yang bertanding, masing-masing telah memulakan kempen mereka. Semalam, pihak Aspirasi turun berkempen di kafe DPP Muamalat, bersama-sama dengan dua orang pegawai dari HEP. Wartawan kami yang turun memantau memaklumkan kempen Apirasi di sana tidak begitu mendapat sambutan walaupun dilengkapi dengan kemudahan PA Sistem. Kempen Pro-M di tempat yang sama yang berlangsung lebih awal iaitu pada waktu tengahari juga dilaporkan tidak mendapat sambutan.

Ketua jentera Aspirasi, saudara Abdul Hakim b. Othman Koya memberi komen ketika dihubungi, "PRK kali ini berjalan dengan lancar dan realitinya Aspirasi telah berjaya menguasai 2/3 kerusi walaupun belum bertanding." ujar beliau. Ketika ditanya tentang harapan untuk PRK kali ini, beliau mengatakan "Harapan Aspirasi adalah untuk memenangi 100% kerusi untuk membawa misi menjaga kebajikan mahasiswa." Apabila ditanya mengenai ancaman kewujudan Pro-Mahasiswa pula, beliau menyatakan, "Pro-M tidak sangat nampak menjadi saingan kepada Aspirasi disebabkan hanya berani mengisi 4 kerusi ekoran pergolakan dalaman dialami Pro-M."

Isu manifesto kontrovesi palsu yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama pula semakin hangat dengan kedua-dua pihak saling tuduh menuduh dan saling membuat laporan polis.

PRK pada kali ini semakin menarik kerana sudah hampir 10 tahun Apirasi tidak ada pencabar yang setanding. Pihak Pro-M telah menjanjikan saingan sengit kepada Aspirasi. uumkini

Thursday, October 8, 2009

PRK UUM update: Penamaan Calon

Proses pendaftaran calon bermula pada pukul 9.00 pagi tadi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Kem Aspirasi telah menghantar calon memenuhi kesemua kerusi yang dipertandingkan manakala Pro-M menghantar hanya sebanyak 5 orang calon. Pada jam 1.15 petang, borang-borang calon ditampal dan proses bantahan berjalan sehingga jam 2.00 petang. Pada jam 2.45 petang, calon-calon yang layak bertanding telah diumumkan:

Kawasan Kolej Akademik UUM CAS

Kerusi : 8
Pencalonan: 8
Calon Aspirasi: 8
Calon Pro-M: 0
Calon Aspirasi menang tanpa bertanding.

Kawasan Kolej Akademik COB

Kerusi : 8

Pencalonan : 9
Calon Aspirasi : 8
Calon Pro-M: 1
Dipertandingkan : 9 calon merebut 8 kerusi


Kawasan Kolej Akademik COLGIS

Kerusi : 8

Pencalonan : 9
Calon Aspirasi : 8
Calon Pro-M: 0
Calon Bebas : 1
Bantahan diterima: 1 (Calon Bebas)
Calon Aspirasi menang tanpa bertanding


Kawasan Umum

Kerusi : 12

Pencalonan : 16
Calon Aspirasi : 12
Calon Pro-M: 4
Bantahan diterima: 1 (Calon Pro-M)
Dipertandingkan : 15 calon merebut 12 kerusi

Calon Pro-M yang bertanding untuk kerusi umum telah dibatalkan borang pencalonan kerana kesilapan teknikal. Berlaku sedikit kekeliruan di mana calon bebas yang dibatalkan borang pencalonan pada mulanya mengaku bertanding di bawah tiket Aspirasi tetapi kemudiannya menafikan kenyataan tersebut dan mengaku sebagai calon bebas pula. Walaubagaimanapun, poses penamaan calon berjalan dengan lancar serta dimeriahkan dengan laungan penyokong yang bersemangat daripada kedua-dua belah pihak. TNC HEP Datuk Ahmad Faiz turut hadir pada sesi pengumuman calon-calon yang layak bertanding.


Wednesday, October 7, 2009

Pro-M UUM libatkan pensyarah?

Pemilik blog anginperubahan (gambar) iaitu saudaraAzrinizam Ibrahim telah mendedahkan bahawa mantan Exco MPPUUM, saudara Mohd Najhan Mohd Safuan sebagai penggerak utama pembangkang di dalam UUM. Satu pendedahan yang lebih mengejutkan lagi, beliau menuduh Pengetua Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary sebagai pembiaya aktiviti-aktiviti Pro-M UUM. Pengetua DPP YAB, En. Azemi Bin Shaari (gambar bawah), nombor pekerja 2080, merupakan seorang pensyarah di Kolej Sastera dan Sains dan sekarang ini berkhidmat sebagai Pengetua DPP YAB. Berkenaan isu ini, uumkini akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak-pihak yang terlibat. uumkini


Tuesday, October 6, 2009

***PILIHANRAYA KAMPUS***

Pilihanraya Kampus UUM akan dilangsungkan pada 12 haribulan Oktober (Isnin) yang akan datang. Tempoh berkempen pula hanyalah selepas penamaan calon iaitu pada 8 Oktober (Khamis) sehinggalah 12 tengah malam 11 Oktober dan seperti 'biasa', kebanyakan mahasiswa UUM masih tidak tahu bahawa pilihanraya kampus akan berlangsung tidak lama lagi.

Daripada maklumat yang uumkini perolehi, Kem Aspirasi masih tercari-cari calon-calon mereka untuk diketengahkan dalam PRK kali ini. Manakala di pihak Pro-Mahasiswa UUM yang julung-julung kalinya bertanding, memberitahu bahawa mereka telah bersedia untuk berdepan dengan pada Aspirasi kali ini dan bakal membuat kejutan.

Sistem e-voting yang diperkenalkan pula telah ditentang hebat oleh Kem Pro-M dengan melancarkan petition online membantah penggunaan sistem tersebut. Bantahan tersebut merupakan pelarasan yang dibuat di pihak Pro-Mahasiswa Nasional. Pihak Aspirasi pula menyambut baik penggunaan e-voting jika perubahan kepada sistem ini akan membawa kebaikan dan menjadikan perlaksanaan PRK lebih efisien dan cepat.-uumkini

TARIKH-TARIKH PENTING:


PENGAMBILAN BORANG PENAMAAN CALON


TARIKH : 4 - 7 OKTOBER 2009 (AHAD - RABU)

TEMPAT : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, UUM

MASA : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG



PENAMAAN CALON


TARIKH : 8 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI



HARI MENGUNDI


TARIKH : 12 OKTOBER 2009 (ISNIN)

TEMPAT : SEMUA DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (BAGI PELAJAR YANG TINGGAL DI LUAR KAMPUS TEMPAT MENGUNDI IALAH DI DEWAN PENGINAPAN MAS)

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI


http://aspirasi-uum.blogspot.com/
http://promuniutama.blogspot.com/