Friday, February 27, 2009

3 orang mahasiswa UUM akan didakwa

3 orang mahasiswa UUM akan dibicarakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atas dua dakwaan yang berbeza. 2 orang akan didakwa di bawah kesalahan membuat petisyen secara online berhubung isu kenaikan harga tambang perkhidmatan bas di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui internet baru-baru ini. Kenaikan tambang bas ini dikatakan mempunyai kaitan dengan rundingan bawah meja oleh pihak Syarikat Unic Symbol Business Sdn Bhd dan pihak Universiti. Manakala satu lagi pertuduhan membabitkan seorang pelajar Melayu di mana beliau telah mengeluarkan satu post di dalam blognya yang mengecam pihak universiti beberapa individu berkenaan isu penderitaan rakyat Gazza, Palestin. Menurut saudara Tengku Mohd Hasrol (tertuduh), beliau hanya menyatakan yang benar tentang bagaimana usaha-usaha mahasiswa untuk berkongsi kesedihan dan bersama-sama mengutuk kekejaman Israel dihalang oleh pihak universiti walhal perkara ini telah dibenarkan oleh pihak kerajaan bahkan digalakkan. Beliau juga berkata akan hadir ke perbicaraannya dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak universiti.

malaysiakini

Tuesday, February 17, 2009

It has been 25 years already eh? CONGRATS UUM!

UUM kini sedang sibuk menyambut sambutan Jubli Perak setelah 25 tahun bertapak di bumi Kedah Darulaman ini. Dengan bermottokan 'Mengunggulkan Wawasan dan Sejarah', sambutan kali ini disambut dengan begitu meriah sekali. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Tan Sri Samsudin Osman pada malam tanggal 16 Februari 2009 bertempat di padang trek Pusat Sukan UUM. Sambutan Jubli Perak UUM dimulakan dengan perarakan lintas hormat 36 kontinjen masing-masing 18 dari pusat tanggungjawab, 15 Dewan Penginapan Pelajar dan masing-masing satu pasukan daripada Suksis dan Pancaragam Pusat Kokurikulum akan mengambil bahagian dalam perarakan itu. Perasmian diserikan dengan tarian dan nyanyian. Pertunjukan 423 das tembakan bunga api yang menerangi ruang udara UUM mengakhiri upacara perasmian ulang tahun UUM kali yang ke-25 ini.