Saturday, April 18, 2009

Our 'New' Vice Chansellor


Congratulation to Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi for being re-elected as the Vice Chancellor of University Utara Malaysia until 15 Jun 2010. All the best for him! -uumkini

Wednesday, April 15, 2009

Pro-M UUM & GMIUUM

Baru-baru ini UUM dikejutkan dengan pengumuman secara terbuka oleh dua organisasi baru iaitu Pro-M UUM dan Gerakan Mahasiswa Islam UUM mengenai kewujudan mereka. Namun pihak uumkini masih belum mendapat sebarang komen daripada pihak-pihak terbabit. Adakah semua ini hanya retorik semata-mata? Bersama-sama kita nantikan komen mereka. -uumkini

http://promuniutama.blogspot.com/

http://gmiuum.blogspot.com/

MPPUUM Boikot Mesyuarat Berkala

Selasa 07 April ; Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia sesi 2008/2009 melahirkan rasa kecewa kepada sebilangan ahli perwakilan kerana tindakan mereka yang memboikot Mesyuarat Berkala ke-6 malam semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Hal Ehwal Pelajar UUM. Hal ini terjadi kerana beberapa orang MT dan ahli MPP UUM bersama-sama 40 orang mahasiswa UUM telah menyertai program anjuran kelab alumni UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2009.

Pihak Editor gmiuum.blogspot berkesempatan menemubual salah seorang ahli MPP yang memboikot Mesyuarat Berkala ke-6, antara kenyataan beliau tentang isu ini


“Ini jelas terbukti bahawa wujud double standart dalam pemilihan program berunsurkan politik. Hal ini jelas apabila program Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia ( SIDANA’09) anjuran PMIUM baru-baru ini tidak dilayan dan samaada sengaja atau tidak untuk mengambil perhatian tentang program berkenaan, malah kami tidak dimaklumkan langsung tentang program ini.”


“Saya telah berhubung dengan salah seorang jawatankuasa pelaksana SIDANA’09 berkaitan dengan program berkenaan, dan beliau telah memberitahu kepada saya bahawa pihaknya telah mengahantar surat jemputan kepada kami, jadi saya telah memaklumkan kepada MT adakah mereka mengetahui tentang program berkenaan, mereka menyatakan bahawa mereka tidak tahu dan tidak menerima surat berkenaan, walhal apabila kami membuat penyisatan surat jemputan program terbabit tersimpan rapi di dalam Fail Setiausaha Agung MPPUUM, mengapa ini boleh terjadi” Ahli MPPUUM


Beliau melahirkan rasa kecewa dan menyatakan bahawa pihak MT mempunyai agenda politik dalam pemilihan program sekalipun program ini diberi alas an kononya program tersebut telah mendapat restu dari HEP UUM dan pihak KPT


“ Kami tidak akan mengahidiri mesyuarat berkala ke-6 sebagai tanda protes terhadap isu ini” Ahli MPPUUM


Pihak editor juga telah menerima maklumat yang diperolehi daripada seorang ahli MPPUUM yang menghadiri Mesyuarat berkenaan, beliau menyatakan kepada kami bahawa pihak MT MPPUUM melahirkan rasa kecewa diatas tindakan ahli perwakilan yang memboikot mesyuarat berkenaan sebagai tanda protes diatas isu berkenaan.


“Mereka cuba ingin berbincang dengan pihak yang berkenaan untuk mencari jalan keluar dari konflik yang berlaku”… “Apa yang pelik disini, pihak MT bertegas bahawa kelab alumni UMNO adalah badan NGO yang tidak berunsurkan politik” Ahli MPPUUM


Pihak editor telah mendapatkan respon pantas dari pihak yang berkenaan.


”Kalau betul kelab Alumni UMNO itu merupakan satu badan NGO, bagusla,,, selepas ini kita akan meminta kelab penyokong PAS atau pemuda PAS untuk menjalankan program, dan pihak Universiti perlu berlaku adil terhadap perkara ini” Ahli MPPUUM


”Ya.. ini memang satu point yang bagus, jika pihak DEMA, mereka dituduh menjadi sayap pemuda DAP, tapi kelab alumni UMNO hanya NGO yang tidak berdosa, ini bangsa barat mengutuk sebagai double speak” Ahli MPPUUM


Pihak editor juga telah mengajukan soalan sekiranya pihak MT ingin mengadakan perdebatan tentang isu ini, beliau menjawab


”Kita akan terima perdebatan isu ini sekiranya pihak MT bersedia berdebat secara terbuka” Ahli MPPUUM


-informer uumkini

Thursday, April 2, 2009

Eco-Friendly Campaign: Antara Realiti dan Fantasi

'Eco-Friendly Campaign' telah dilancarkan di UUM pada pertengahan tahun 2008 yang lepas. Kempen ini merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh pihak universiti dalam mengatasi masalah pencemaran dan kesihatan. Perasmiannya telah dilangsungkan di hadapan pejabat Canselori oleh VC UUM, Yang Berbahagia Tan Sri Nordin Kardi dengan upacara melepaskan burung merpati.

"The ECO-Friendly Campaign was initiated on the realisation that the University must play a bigger and more pro-active role in inculcating awareness, change of attitudes and lifestyle among its students and staff.

Every single person living on this planet is accountable and responsible for his/ her actions. As part of this commitment, UUM has vouched to make a more concerted effort to do its part in saving our planet; and being a centre of educational excellence UUM is an ideal place to foster these values.

The campaign will be implemented continuously throughout the years until its objectives have been met.

As such, the objectives of the Eco-Friendly campaign are:

  1. To create an awareness among the UUM campus community of the importance of conserving the environment.
  2. To nurture the love for the environment through eco-friendly projects organised.
  3. To disseminate information and knowledge on how the UUM campus community can help make a difference and save the environment.
  4. To change the mindset and lifestyle of the UUM campus community so as to live in harmony with the environment.
Subsequently, on 13th May 2008, the University's Executive Council Meeting decided that:
  1. The use of polystyrene is prohibited on campus.
    As an alternative to polystyrene containers students and staff must:
    • Eat at the cafeteria
    • Bring their own containers (rebate 20 cents)
    • Use Eco-Pak (bio-degradable containers)
  2. The use of plastic bags is prohibited on campus
    As an alternative to plastic bags students and staff must use:
    • ‘green’ bags made from bio-degradable material
    • Fabric/ canvas bags
    • Brown paper bags
    • Brown paper wrappers
  3. A watchdog team comprising student activists and volunteers will be set up to advise those who do not follow this ruling."
Walaubagaimanapun, kempen ini sangat lemah dari aspek pelaksanaanya. Banyak kafeteria yang masih tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan malah eco-pack yang dikatakan pengganti bekas polistrin hanya terdapat dalam bilangan yang sedikit dan tidak dapat mematuhi permintaan kafeteria. Rebat yang dijanjikan juga hanya tinggal janji kosong sahaja malahan skuad 'watchdog' yang dikatakan akan memantau pelaksanaan kempen ini bagaikan langsung tidak wujud. Satu sumber mengatakan bahawa kempen ini sebenarnya diwujudkan untuk menjadi 'lubuk rezeki' bagi sesetengah pihak atasan. Di samping itu, terdapat banyak kritikan daripada pihak pensyarah yang mengatakan kempen ini hanyalah retorik semata-mata. Kempen ini juga telah memakan belanja yang besar dan boleh dikatakan satu usaha pihak Universiti yang GAGAL-uumkini