Tuesday, October 6, 2009

***PILIHANRAYA KAMPUS***

Pilihanraya Kampus UUM akan dilangsungkan pada 12 haribulan Oktober (Isnin) yang akan datang. Tempoh berkempen pula hanyalah selepas penamaan calon iaitu pada 8 Oktober (Khamis) sehinggalah 12 tengah malam 11 Oktober dan seperti 'biasa', kebanyakan mahasiswa UUM masih tidak tahu bahawa pilihanraya kampus akan berlangsung tidak lama lagi.

Daripada maklumat yang uumkini perolehi, Kem Aspirasi masih tercari-cari calon-calon mereka untuk diketengahkan dalam PRK kali ini. Manakala di pihak Pro-Mahasiswa UUM yang julung-julung kalinya bertanding, memberitahu bahawa mereka telah bersedia untuk berdepan dengan pada Aspirasi kali ini dan bakal membuat kejutan.

Sistem e-voting yang diperkenalkan pula telah ditentang hebat oleh Kem Pro-M dengan melancarkan petition online membantah penggunaan sistem tersebut. Bantahan tersebut merupakan pelarasan yang dibuat di pihak Pro-Mahasiswa Nasional. Pihak Aspirasi pula menyambut baik penggunaan e-voting jika perubahan kepada sistem ini akan membawa kebaikan dan menjadikan perlaksanaan PRK lebih efisien dan cepat.-uumkini

TARIKH-TARIKH PENTING:


PENGAMBILAN BORANG PENAMAAN CALON


TARIKH : 4 - 7 OKTOBER 2009 (AHAD - RABU)

TEMPAT : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, UUM

MASA : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG



PENAMAAN CALON


TARIKH : 8 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI



HARI MENGUNDI


TARIKH : 12 OKTOBER 2009 (ISNIN)

TEMPAT : SEMUA DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (BAGI PELAJAR YANG TINGGAL DI LUAR KAMPUS TEMPAT MENGUNDI IALAH DI DEWAN PENGINAPAN MAS)

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI


http://aspirasi-uum.blogspot.com/
http://promuniutama.blogspot.com/

Wednesday, September 9, 2009

~Ramadhan Kareem~

Selamat Menyambut Ramadhan El-Kareem kepada semua mahasiswa muslim Universiti Utara Malaysia. (",)

Wednesday, July 8, 2009

Tukar Tarikh Baru?

Sebelum cuti semester yang lalu, semua telah maklum bahawa terdapat projek naik taraf tandas-tandas di seluruh universiti. Pada asalnya, tarikh siap projek naik taraf itu adalah sebelum bermulanya semester baru.

Akan tetapi setelah bermulanya semester ini, kerja-kerja tersebut masih belum selesai. Bahkan, papan projek yang diletakkan di hadapan DPP Petronas telah ditukarkan tarikh asal siap projek itu daripada hujung bulan Jun kepada 14 haribulan Oktober. Uumkini dimaklumkan oleh satu sumber bahawa hanya 100 orang pekerja sahaja diupah untuk oleh kontraktor dan jumlah itu tidak mencukupi. Masalah ini amat menyulitkan mahasiswa/i dalam urusan harian terutamanya pada waktu awal pagi.

Selain itu, masalah keselamatan pelajar siswi turut juga dipersoalkan. Sudah banyak kes-kes pencabulan yang berlaku sebelum ini oleh buruh-buruh pembinaan dan pekerja elektrikal dilaporkan. Adakah bila perkara yang tidak diingini berlaku barulah tindakan akan diambil oleh pihak universiti? Janganlah bila terhantuk baru hendak terngadah. Sediakan payung sebelum hujan, itu yang terbaik.

Timbul juga persoalan dalam hal yang berlaku ini, mengapa pelbagai masalah wujud? Mungkinkah terdapat unsur-unsur rasuah atau kroni dalam penyerahan tender projek ini ataupun sebagainya? Tuntasnya, untuk mengelakkan mudarat yang lebih teruk, pihak yang berwajib hendaklah tampil memberi penjelasan untuk meredakan masalah ini. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. uumkini akan terus meyiasat. uumkini