Sunday, January 24, 2010

Perjumpaan Bincang Isu Air

Perjumpaan yang telah diuar-uarkan oleh Pro-M UUM dengan YDP MPP iaitu saudara Mohd Syafiq B. Japar untuk membincangkan isu ketiadaan air di UUM dilaporkan berjaya diadakan. Pihak admin uumkini akan berusaha mendapatkan komen daripada pengerusi Pro-M UUM, saudara Tengku Mohd Hasrul untuk penjelasan lanjut. uumkini

Minit mesyuarat perjumpaan wakil Pro-M dengan YDP MPP UUM

Monday, January 18, 2010

Masalah Air Semakin Parah

Pada awal permulaan semester ini, masalah bekalan air di UUM menjadi semakin parah. Jikalau sebelum yakni pada semester lepas, hanya laluan A (DPP MAS, Proton, TNB dan Tradewinds yang mengalami masalah air, kini ia mula merebak ke seluruh universiti kecuali penginapan di Bukit Kachi. Berpuluh-puluh lori telah dikerahkan untuk mengangkut air ke semua DPP yang terlibat. Masalah ini telah menimbulkan kesusahan kepada mahasiswa UUM dalam menjalani rutin harian mereka.

Pihak universiti apabila ditanya menjawab bahawa masalah ini timbul disebabkan UUM terpaksa 'berebut' air dengan masyarakat setempat kerana bekalan air diperolehi daripada luar. Tambah sumber itu lagi, ia juga berikutan masalah pembinaan empangan baru oleh kerajaan negeri yang dikatakan belum siap sepenuhnya. Satu peruntukan khas juga sedang diminta oleh UUM daripada kerajaan pusat untuk projek mencari sumber air sendiri oleh pihak universiti. -uumkini

Saturday, October 17, 2009

BARISAN MAJLIS TERTINGGI MPPUUM 09/10


YANG DI PERTUA
Mohd Syafiq Japar

TIMBALAN YANG DI PERTUA
Aminaton Hajariah Husne

NAIB YANG DI PERTUA I
Hamyddin Hamdan

NAIB YANG DI PERTUA II
Shaira Farhana Idris

SETIAUSAHA AGUNG
Azman Jimeh

BENDAHARI KEHORMAT
Siti Syafiqah Ahmad

Inilah barisan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar UUM. Lupakan peristiwa kotor pilihanraya yang telah lepas, sekarang jalankan tanggungjawab dan amanah baru yang anda pikul. Tunaikan janji-janji manis anda sewaktu berkempen tempoh hari. All the best! uumkini