Monday, January 18, 2010

Masalah Air Semakin Parah

Pada awal permulaan semester ini, masalah bekalan air di UUM menjadi semakin parah. Jikalau sebelum yakni pada semester lepas, hanya laluan A (DPP MAS, Proton, TNB dan Tradewinds yang mengalami masalah air, kini ia mula merebak ke seluruh universiti kecuali penginapan di Bukit Kachi. Berpuluh-puluh lori telah dikerahkan untuk mengangkut air ke semua DPP yang terlibat. Masalah ini telah menimbulkan kesusahan kepada mahasiswa UUM dalam menjalani rutin harian mereka.

Pihak universiti apabila ditanya menjawab bahawa masalah ini timbul disebabkan UUM terpaksa 'berebut' air dengan masyarakat setempat kerana bekalan air diperolehi daripada luar. Tambah sumber itu lagi, ia juga berikutan masalah pembinaan empangan baru oleh kerajaan negeri yang dikatakan belum siap sepenuhnya. Satu peruntukan khas juga sedang diminta oleh UUM daripada kerajaan pusat untuk projek mencari sumber air sendiri oleh pihak universiti. -uumkini

No comments:

Post a Comment