Wednesday, April 15, 2009

MPPUUM Boikot Mesyuarat Berkala

Selasa 07 April ; Barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia sesi 2008/2009 melahirkan rasa kecewa kepada sebilangan ahli perwakilan kerana tindakan mereka yang memboikot Mesyuarat Berkala ke-6 malam semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Hal Ehwal Pelajar UUM. Hal ini terjadi kerana beberapa orang MT dan ahli MPP UUM bersama-sama 40 orang mahasiswa UUM telah menyertai program anjuran kelab alumni UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2009.

Pihak Editor gmiuum.blogspot berkesempatan menemubual salah seorang ahli MPP yang memboikot Mesyuarat Berkala ke-6, antara kenyataan beliau tentang isu ini


“Ini jelas terbukti bahawa wujud double standart dalam pemilihan program berunsurkan politik. Hal ini jelas apabila program Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia ( SIDANA’09) anjuran PMIUM baru-baru ini tidak dilayan dan samaada sengaja atau tidak untuk mengambil perhatian tentang program berkenaan, malah kami tidak dimaklumkan langsung tentang program ini.”


“Saya telah berhubung dengan salah seorang jawatankuasa pelaksana SIDANA’09 berkaitan dengan program berkenaan, dan beliau telah memberitahu kepada saya bahawa pihaknya telah mengahantar surat jemputan kepada kami, jadi saya telah memaklumkan kepada MT adakah mereka mengetahui tentang program berkenaan, mereka menyatakan bahawa mereka tidak tahu dan tidak menerima surat berkenaan, walhal apabila kami membuat penyisatan surat jemputan program terbabit tersimpan rapi di dalam Fail Setiausaha Agung MPPUUM, mengapa ini boleh terjadi” Ahli MPPUUM


Beliau melahirkan rasa kecewa dan menyatakan bahawa pihak MT mempunyai agenda politik dalam pemilihan program sekalipun program ini diberi alas an kononya program tersebut telah mendapat restu dari HEP UUM dan pihak KPT


“ Kami tidak akan mengahidiri mesyuarat berkala ke-6 sebagai tanda protes terhadap isu ini” Ahli MPPUUM


Pihak editor juga telah menerima maklumat yang diperolehi daripada seorang ahli MPPUUM yang menghadiri Mesyuarat berkenaan, beliau menyatakan kepada kami bahawa pihak MT MPPUUM melahirkan rasa kecewa diatas tindakan ahli perwakilan yang memboikot mesyuarat berkenaan sebagai tanda protes diatas isu berkenaan.


“Mereka cuba ingin berbincang dengan pihak yang berkenaan untuk mencari jalan keluar dari konflik yang berlaku”… “Apa yang pelik disini, pihak MT bertegas bahawa kelab alumni UMNO adalah badan NGO yang tidak berunsurkan politik” Ahli MPPUUM


Pihak editor telah mendapatkan respon pantas dari pihak yang berkenaan.


”Kalau betul kelab Alumni UMNO itu merupakan satu badan NGO, bagusla,,, selepas ini kita akan meminta kelab penyokong PAS atau pemuda PAS untuk menjalankan program, dan pihak Universiti perlu berlaku adil terhadap perkara ini” Ahli MPPUUM


”Ya.. ini memang satu point yang bagus, jika pihak DEMA, mereka dituduh menjadi sayap pemuda DAP, tapi kelab alumni UMNO hanya NGO yang tidak berdosa, ini bangsa barat mengutuk sebagai double speak” Ahli MPPUUM


Pihak editor juga telah mengajukan soalan sekiranya pihak MT ingin mengadakan perdebatan tentang isu ini, beliau menjawab


”Kita akan terima perdebatan isu ini sekiranya pihak MT bersedia berdebat secara terbuka” Ahli MPPUUM


-informer uumkini

No comments:

Post a Comment