Wednesday, July 8, 2009

Tukar Tarikh Baru?

Sebelum cuti semester yang lalu, semua telah maklum bahawa terdapat projek naik taraf tandas-tandas di seluruh universiti. Pada asalnya, tarikh siap projek naik taraf itu adalah sebelum bermulanya semester baru.

Akan tetapi setelah bermulanya semester ini, kerja-kerja tersebut masih belum selesai. Bahkan, papan projek yang diletakkan di hadapan DPP Petronas telah ditukarkan tarikh asal siap projek itu daripada hujung bulan Jun kepada 14 haribulan Oktober. Uumkini dimaklumkan oleh satu sumber bahawa hanya 100 orang pekerja sahaja diupah untuk oleh kontraktor dan jumlah itu tidak mencukupi. Masalah ini amat menyulitkan mahasiswa/i dalam urusan harian terutamanya pada waktu awal pagi.

Selain itu, masalah keselamatan pelajar siswi turut juga dipersoalkan. Sudah banyak kes-kes pencabulan yang berlaku sebelum ini oleh buruh-buruh pembinaan dan pekerja elektrikal dilaporkan. Adakah bila perkara yang tidak diingini berlaku barulah tindakan akan diambil oleh pihak universiti? Janganlah bila terhantuk baru hendak terngadah. Sediakan payung sebelum hujan, itu yang terbaik.

Timbul juga persoalan dalam hal yang berlaku ini, mengapa pelbagai masalah wujud? Mungkinkah terdapat unsur-unsur rasuah atau kroni dalam penyerahan tender projek ini ataupun sebagainya? Tuntasnya, untuk mengelakkan mudarat yang lebih teruk, pihak yang berwajib hendaklah tampil memberi penjelasan untuk meredakan masalah ini. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. uumkini akan terus meyiasat. uumkini

1 comment:

  1. UUM selalu camtu..sudah terhantuk baru nak terngadah..memang tak selamat duk UUM.dah la jauh dalam utan.tp SME ok2 je..tp sy tetap sayang UUM..

    ReplyDelete