Sunday, January 11, 2009

Alahai...doa pun tak boleh?

Isu global yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, kekejaman tentera Israel ke atas rakyat Palestin yang tinggal di Gaza. Sudah masuk hari yang ke-15 Gaza digempur melalui serangan-serangan udara dan darat. Ketumbukan tentera marin Israel juga turut melepaskan tembakan dari persisiran laut Gaza. Ketika post ini ditulis, lebih 800 nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban kekejaman tentera Yahudi.

Tapi amat malang sekali kita di UUM, isu ini langsung tidak diberi respon, sama ada di pihak pentadbiran, pensyarah, mahupun mahasiswa. Hanya terdapat segelintir pelajar sahaja yang dilihat memberi respon akan isu ini. Dan malang bertimpa lagi, usaha-usaha segelintir mahasiswa ini disekat..itu pun baru hanya nak buat solat hajat, tayangan video, dan bacaan doa..dipanggil Unit Keselamatan dan sebagainya untuk menyekat program-program sebegini. Apa kejadahnya ni?!

Bahkan pihak kerajaan sendiri menyuruh semua rakyat menzahirkan kemarahan terhadap negera haram Yahudi! KPT juga telah membenar dan menggalakkan mahasiswa mengadakan perhimpunan menunjukkan bantahan terhadap kekejaman Zionis ini. Tapi UUM???? Saya betul2 tidak paham apa yang berlegar dalam kepala pihak pentadbiran. Demo sah-sah la tidak dibenarkan...tapi solat hajat dan doa pun tak bagi jugak?! Ape hal ni...?!@*#

Harapan saya agar para pensyarah dan mahasiswa khususnya pihak MPP dapat memperjuangkan isu ini. Janganlah mengiyakan kata-kata yang selalu kita dengar daripada rakan-rakan IPTA lain yang mengatakan mahasiswa UUM ni 'mandom', lembab, terperuk dalam 'hutan' dan sebagainya. Malulah kepada IPTA/IPTS lain yang rata-rata mahasiswa mereka begitu concern dengan isu-isu semasa.

Akhir kata...sedarlah mahasiswa UUM yang sudah lama lena tidur! Bangkit dan tunjukkan yang kita bukanlah seprti yang diperkatakan orang!

No comments:

Post a Comment