Friday, February 27, 2009

3 orang mahasiswa UUM akan didakwa

3 orang mahasiswa UUM akan dibicarakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atas dua dakwaan yang berbeza. 2 orang akan didakwa di bawah kesalahan membuat petisyen secara online berhubung isu kenaikan harga tambang perkhidmatan bas di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui internet baru-baru ini. Kenaikan tambang bas ini dikatakan mempunyai kaitan dengan rundingan bawah meja oleh pihak Syarikat Unic Symbol Business Sdn Bhd dan pihak Universiti. Manakala satu lagi pertuduhan membabitkan seorang pelajar Melayu di mana beliau telah mengeluarkan satu post di dalam blognya yang mengecam pihak universiti beberapa individu berkenaan isu penderitaan rakyat Gazza, Palestin. Menurut saudara Tengku Mohd Hasrol (tertuduh), beliau hanya menyatakan yang benar tentang bagaimana usaha-usaha mahasiswa untuk berkongsi kesedihan dan bersama-sama mengutuk kekejaman Israel dihalang oleh pihak universiti walhal perkara ini telah dibenarkan oleh pihak kerajaan bahkan digalakkan. Beliau juga berkata akan hadir ke perbicaraannya dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak universiti.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment