Monday, March 2, 2009

Perbicaraan ditangguhkan

Perbicaraan 3 orang aktivis mahasiswa UUM pada hari ini telah ditangguhkan. UUMkini diberitahu oleh satu sumber mengatakan bahawa sebab utama mengapa pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia menangguhkan perbicaraan ini disebabkan oleh 'tekanan luar'. Seperti yang diketahui, pelbagai media massa telah melaporkan isu panas ini, di antaranya Malaysiakini,Mahasiswakini,Metro,Utusan,The Star dan pelbagai media massa lain. Hal ini dikatakan menjadi punca utama yang menyebabkan perbicaraan pada hari ini ditangguhkan.

Selain itu, salah satu NGO yang hebat membela nasib 3 orang mahasiswa ini iaitu DEMA, telah membuat 'press conference' yang mengatakan mereka akan turun untuk mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Canselori UUM tetapi telah menangguhkan hasrat mereka rentetan penangguhan perbicaraan 3 mahasiswa terbabit. Langkah awal sebenarnya telah diambil oleh pihak keselamatan UUM dengan mengadakan 'road-block' di pintu masuk utama UUM dan pemerikasaan tergempar di Dewan Penginapan Pelajar Muamalat dan Yayasan Al-Bukhari untuk memastikan tiada orang luar yang menumpang di dalam UUM untuk mengadakan demonstrasi. Satu sumber yang tidak ingin dikenali juga memberitahu bahawa pihak universiti sedang merancang untuk mengadakan perbicaraan yang mengejut untuk mengelakkan daripada tekanan pihak luar-uumkini

No comments:

Post a Comment