Thursday, October 8, 2009

PRK UUM update: Penamaan Calon

Proses pendaftaran calon bermula pada pukul 9.00 pagi tadi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Kem Aspirasi telah menghantar calon memenuhi kesemua kerusi yang dipertandingkan manakala Pro-M menghantar hanya sebanyak 5 orang calon. Pada jam 1.15 petang, borang-borang calon ditampal dan proses bantahan berjalan sehingga jam 2.00 petang. Pada jam 2.45 petang, calon-calon yang layak bertanding telah diumumkan:

Kawasan Kolej Akademik UUM CAS

Kerusi : 8
Pencalonan: 8
Calon Aspirasi: 8
Calon Pro-M: 0
Calon Aspirasi menang tanpa bertanding.

Kawasan Kolej Akademik COB

Kerusi : 8

Pencalonan : 9
Calon Aspirasi : 8
Calon Pro-M: 1
Dipertandingkan : 9 calon merebut 8 kerusi


Kawasan Kolej Akademik COLGIS

Kerusi : 8

Pencalonan : 9
Calon Aspirasi : 8
Calon Pro-M: 0
Calon Bebas : 1
Bantahan diterima: 1 (Calon Bebas)
Calon Aspirasi menang tanpa bertanding


Kawasan Umum

Kerusi : 12

Pencalonan : 16
Calon Aspirasi : 12
Calon Pro-M: 4
Bantahan diterima: 1 (Calon Pro-M)
Dipertandingkan : 15 calon merebut 12 kerusi

Calon Pro-M yang bertanding untuk kerusi umum telah dibatalkan borang pencalonan kerana kesilapan teknikal. Berlaku sedikit kekeliruan di mana calon bebas yang dibatalkan borang pencalonan pada mulanya mengaku bertanding di bawah tiket Aspirasi tetapi kemudiannya menafikan kenyataan tersebut dan mengaku sebagai calon bebas pula. Walaubagaimanapun, poses penamaan calon berjalan dengan lancar serta dimeriahkan dengan laungan penyokong yang bersemangat daripada kedua-dua belah pihak. TNC HEP Datuk Ahmad Faiz turut hadir pada sesi pengumuman calon-calon yang layak bertanding.


Wednesday, October 7, 2009

Pro-M UUM libatkan pensyarah?

Pemilik blog anginperubahan (gambar) iaitu saudaraAzrinizam Ibrahim telah mendedahkan bahawa mantan Exco MPPUUM, saudara Mohd Najhan Mohd Safuan sebagai penggerak utama pembangkang di dalam UUM. Satu pendedahan yang lebih mengejutkan lagi, beliau menuduh Pengetua Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary sebagai pembiaya aktiviti-aktiviti Pro-M UUM. Pengetua DPP YAB, En. Azemi Bin Shaari (gambar bawah), nombor pekerja 2080, merupakan seorang pensyarah di Kolej Sastera dan Sains dan sekarang ini berkhidmat sebagai Pengetua DPP YAB. Berkenaan isu ini, uumkini akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak-pihak yang terlibat. uumkini


Tuesday, October 6, 2009

***PILIHANRAYA KAMPUS***

Pilihanraya Kampus UUM akan dilangsungkan pada 12 haribulan Oktober (Isnin) yang akan datang. Tempoh berkempen pula hanyalah selepas penamaan calon iaitu pada 8 Oktober (Khamis) sehinggalah 12 tengah malam 11 Oktober dan seperti 'biasa', kebanyakan mahasiswa UUM masih tidak tahu bahawa pilihanraya kampus akan berlangsung tidak lama lagi.

Daripada maklumat yang uumkini perolehi, Kem Aspirasi masih tercari-cari calon-calon mereka untuk diketengahkan dalam PRK kali ini. Manakala di pihak Pro-Mahasiswa UUM yang julung-julung kalinya bertanding, memberitahu bahawa mereka telah bersedia untuk berdepan dengan pada Aspirasi kali ini dan bakal membuat kejutan.

Sistem e-voting yang diperkenalkan pula telah ditentang hebat oleh Kem Pro-M dengan melancarkan petition online membantah penggunaan sistem tersebut. Bantahan tersebut merupakan pelarasan yang dibuat di pihak Pro-Mahasiswa Nasional. Pihak Aspirasi pula menyambut baik penggunaan e-voting jika perubahan kepada sistem ini akan membawa kebaikan dan menjadikan perlaksanaan PRK lebih efisien dan cepat.-uumkini

TARIKH-TARIKH PENTING:


PENGAMBILAN BORANG PENAMAAN CALON


TARIKH : 4 - 7 OKTOBER 2009 (AHAD - RABU)

TEMPAT : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, UUM

MASA : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG



PENAMAAN CALON


TARIKH : 8 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI



HARI MENGUNDI


TARIKH : 12 OKTOBER 2009 (ISNIN)

TEMPAT : SEMUA DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (BAGI PELAJAR YANG TINGGAL DI LUAR KAMPUS TEMPAT MENGUNDI IALAH DI DEWAN PENGINAPAN MAS)

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI


http://aspirasi-uum.blogspot.com/
http://promuniutama.blogspot.com/