Sunday, October 11, 2009

PRK UUM Update: Kempen Semakin Hangat

Kedua-dua pihak yang bertanding pada kali ini semakin rancak berkempen. Aspirasi dengan sokongan pegawai-pegawai dari HEP turun berkempen di setiap DPP. Malam semalam kempen Aspirasi berlangsung di Kafe Binjal, DPP Proton. Kempen yang pada awalnya dirancang untuk dibuat di Galeri Proton diubah lantaran tiada kelibat bakal pengundi. Wartawan kami yang turut berada di sana melaporkan kempen di kafe Proton tidak mendapat sambutan sehinggakan pihak Aspirasi terpaksa menyuruh JPMDPP Proton membuat pengumuman kepada penghuni DPP Proton untuk turun mendengar kempen.

Saksi yang tidak mahu namanya disebut memberitahu uumkini kempen Aspirasi semalam hanya dipenuhi oleh orang-orang mereka sendiri. Pegawai-pegawai HEP yang turut serta semalam bersama Aspirasi adalah En. Mohd Yusnaidi Bin Md. Sabri (Pegawai Hal Ehwal Islam-Unit Kebajikan), En. Muhamad Nazir Bin Hamzah (Pusat Pembangunan Pelajar) dan En. Shahidan B Shafie (Unit Disiplin & Tugas Khas). Manakala di pihak Pro-M pula, malam semalam mereka turun berkempen di DPP Mas, TNB, dan Tradewinds. Dilaporkan terdapat mantan MPP yang lepas turut berkempen untuk pihak Pro-M. Pengerusi Pro-M iaitu saudara Tengku Hasrul juga dilaporkan turut kelihatan semasa kempen.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.maaflah...kempen tak hangat pun.tak wujud demokrasi sebenar...saya tak sokong sape2.cuma semangt demokrasi itu tidak diraikan di uum.

    ReplyDelete